Kerjaya lakonan Chiwetel Ejiofor

Ejiofor mula berlakon dalam lakonan pentas sekolah ketika berumur empat belas tahun di Kolej Dulwich dan menyertai Teater Belia Negara. Beliau memasuki London Academy of Music and Dramatic Art tetapi terpaksa meninggalkan semasa tahun pertamanya selepas dipilih ke dalam filem Steven Spielberg, Amistad. Beliau berlakon dalam Othello di Teater Bloomsbury pada bulan September 1995 dan sekali lagi di Theatre Royal, Glasgow pada tahun 1996, apabila beliau membintangi bertentangan Rachael Stirling sebagai Desdemona.

Kemunculan dalam filem

Ejiofor membuat penampilan filem pertamanya dalam filem televisyen, Deadly Voyage pada tahun 1996.[12] Beliau kemudiannya menjadi pelakon pentas di London. Dalam filem Steven Spielberg, Amistad,[12] beliau melakonkan watak Ens. James Covey. Pada tahun 1999, beliau muncul dalam filem British, G:MT – Greenwich Mean Time. Pada tahun 2000, beliau membintangi Blue/Orange di Teater Kebangsaan Diraja (pentas Cottesloe) dan kemudiannya di Teater Duchess. Pada tahun yang sama, lakonannya sebagai Romeo dalam Romeo and Juliet dicalonkan Anugerah Ian Charleson. Ejiofor dianugerahkan Anugerah Jack Tinker bagi kategori Pendatang Baru Harapan di Anugerah Teater Bulatan Pengkritik pada tahun 2000. Untuk lakonannya dalam Blue/Orange, Ejiofor menerima Anugerah Teater London Evening Standard bagi kategori Pendatang Baru Cemerlang pada tahun 2000 dan pencalonan Anugerah Laurence Olivier bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik pada tahun 2001.

Ejiofor mendapat peranan utama pertamanya dalam filem 2002, Dirty Pretty Things,[12] dimana beliau memenangi Anugerah Filem Bebas British bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun berikutnya, beliau adalah sebahagian daripada barisan pelakon Love Actually,[12] membintangi sebuah adaptasi BBC, The Knight's Tale dan juga membintangi siri BBC, Trust. Juga pada tahun 2003, beliau membintangi sebagai Augustus dalam produksi radio, "The Darker Face of the Earth". Beliau membintangi bersama Hilary Swank dalam filem 2004, Red Dust sebagai Alex Mpondo. Beliau melakonkan watak Putera Alamayou dalam lakonan radio, I Was a Stranger, disiarkan di BBC Radio 4 pada 17 Mei 2004, dan melakonkan watak Dionysus dalam Dionysus. Beliau melakonkan watak Mike Terry dalam Redbelt. Beliau juga menerima pujian untuk lakonannya sebagai The Operative dalam filem 2005, Serenity.[12]

Beliau mempunyai peranan dalam filem 2006, Children of Men.[12] Persembahan nyanyian dan lakonannya dalam Kinky Boots menerima pencalonan Anugerah Golden Globe[12] dan Anugerah Filem Bebas British. Beliau juga dicalonkan Anugerah Bintang Meningkat Naik Orange BAFTA pada tahun 2006. Lakonan Ejiofor dalam Tsunami: The Aftermath menerima pencalonan Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik – Minisiri atau Filem Televisyen pada tahun 2007.[12]

Pada tahun 2007, Ejiofor membintangi bersama Don Cheadle dalam Talk to Me,[13]. Beliau berlakon di pentas dalam The Seagull di Royal Court Theatre bermula 18 Januari sehingga 17 Mac 2007 dan menyambung wataknya sebagai Othello di Donmar Warehouse bersama Kelly Reilly sebagai Desdemona dan Ewan McGregor sebagai Iago. Produksi ini menerima ulasan positif dan lakonan Ejiofor dipuji.[14] Beliau dianugerahkan Anugerah Laurence Olivier bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya.[12]

Ejiofor dilantik sebagai Pegawai Order of the British Empire (OBE) pada tahun 2008.[15] Pada tahun yang sama, beliau membuat penampilan pertama sebagai pengarah dalam filem pendek, Slapper.[16] Ejiofor muncul bersama John Cusack dalam filem 2009, 2012. Filem ini mengutip $700 juta. Beliau melakonkan watak pegawai CIA, Peabody dalam Salt (2010) dan sebagai Louis Lester dalam drama bersiri BBC Two, Dancing on the Edge (2013).[12]

Pada tahun 2013, Ejiofor mengambil salah satu peranannya yang paling dikenali setakat ini, Solomon Northup dalam 12 Years a Slave. 12 Years a Slave menerima pujian meluas dengan ramai pengkritik memuji lakonan Ejiofor.[17] Pada 16 Januari 2014, Ejiofor secara rasmi dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi ke-86.

Pada tahun 2014, Ejiofor membintangi filem Nigeria, Half of a Yellow Sun bersama Thandie Newton. Beliau juga melakonkan watak Patrice Lumumba dalam A Season in the Congo pada tahun 2013.[18] Ia telah diumumkan pada bulan Jun 2014 bahawa Ejiofor akan melakonkan watak Thomas McFadden dalam sebuah filem berdasarkan buku Marching Powder: A True Story of Friendship, Cocaine, and South America's Strangest Jail.[19]

Pada tahun 2015, ia telah diumumkan bahawa Ejifor telah dipilih untuk watak Baron Mordo dalam filem 2016, Doctor Strange.[20]

Rujukan

WikiPedia: Chiwetel Ejiofor http://www.biography.com/people/chiwetel-ejiofor-2... http://www.focusfeatures.com/talktome/ http://www.hellomagazine.com/film/2008/12/19/chiwe... http://www.imdb.com/name/nm0252230/ http://blogs.indiewire.com/theplaylist/joe-wright-... http://inogolo.com/pronunciation/d1084/Chiwetel_Ej... http://www.theguardian.com/stage/2013/dec/11/colum... http://www.usatoday.com/story/life/people/2013/10/... http://variety.com/2014/tv/news/emmy-nominations-2... http://www.youtube.com/watch?v=l_UDXHRlCRs